Jam 11. Malam itu sepi. Dingin dan kelamnya hanya Allah yang tahu.
Kak Ba'ayah bersama seorang saudaranya dalam perjalanan pulang dari rumah jiran sekampung. Hanya mereka berdua. Mereka melintasi beberapa rumah yang penghuninya telah lama terlena. Waktu sedemikian, tentulah di kampung sukar untuk mencari orang yang masih berjaga. Untuk apa, sedang tv pun hanya pernah mereka dengar nama tetapi tidak tahu bagaimana bentuknya....
Kak Ba'ayah macam menyesal apabila terlajak bersembang tadi. Bukan sekali dua saudara merangkap penemannya mengajak pulang awal tadi. Tapi dia yang sememangnya peramah tidak menemui nokhtah bagi menutup perbualan.....
Kini dia menyesali keramahan diri.
Sebelum sampai ke rumahnya, mereka terpaksa melintasi sebuah pokok besar yang terkenal 'kerasnya'. Semakin menghampiri pokok tersebut - dengan melalui di bawahnya - dada Kak Ba'ayah makin berdebar, seluruh tubuh terasa menggigil. Ditambah pula dengan adanya cengkaman dilengannya oleh peneman di sebelah. Tidak dia tahu gegaran siapa yang lebih kuat pada lengan itu....
Mereka tidak bersuara. Hanya kedengaran turun naik nafas masing-masing. Kak Ba'ayah berhenti melangkah ketika mereka betul-betul berada di bawah bahagian hujung ranting paling luar pokok. Terasa jauh jarak dari situ untuk sampai ke hujung bahagian se belah sana. Genggaman pada lengannya makin kuat dan bergetar... Kak Ba'ayah cuba menghindarkan genggaman tersebut tapi malah main kuan dicengkam.
"Jangan takut...." kata Kak Ba'ayah separuh berbisik kepada saudaranya. Tetapi sebenarnya dia lebih bersuara untuk hati sendiri. Cengkaman pada lenganya tidak pun makin longgar...
Kak Ba'ayah nekad. Mereka mesti melangkah. Pokok besar yang menaungi sebahagian alur tempat budak-budak bermain pada musim padi membesar itu terasa terlalu luas liputannya kali ini. Dia tidak pun bercadang untuk mendongak. Pernah beberapa orang bercerita betapa mereka melihat satu wajah mengerikan apabila sengaja mendongak ke atas pokok pada waktu malam... Seorang daripadanya pernah pengsan sebaik bercerita sedemikian setelah berlari pulang dari kawasan tersebut pada satu malam!
"Jangan takut...." sekali lagi Kak Ba'ayah berbisik. Tidak pasti samada penemannya mendengar atau tidak.
"langkah elok-elok..." sambungnya.
Tetapi penemannya seolah-olah membatu. Tidak mahu bergerak. Terasa berat lengan Kak Ba'ayah menampung tarikan si peneman.
"Kita baca Wailahukum...." kata Kak Ba'ayah lagi. Kali ini suaranya lebih kuat dan lebih yakin. Dia tidak nampak penemannya mengangguk atau tidak. Petua itu pun hanya didengar dari emaknya. Dia tidak pasti pula penemannya tahu atau tidak membaca ayat yang akan disekalikan dengan ayat Kursi dari surah al Baqarah itu...
Kak Ba'ayah nekad. Dia mesti membaca dengan betul supaya kesannya pula betul - tiada usikan dari makhluk di atas pokok itu...
"Bismillah....." Kak Ba'ayah bersuara sepenuhnya dalam bisikan.
"Wa ila hukum, Kak Ba'ayah!"
Tiba-tiba dia mendengar satu suara garau dari atas pokok!
Kak Ba'ayah terkencing! Entah bagaimana pula reaksi saudara di sampingnya.....
Mereka berlari sekuat hati entah sambil menangis atau meraung melintasi bawah pokok tersebut.
Demikian cerita terakhir yang saya ingat dari perbualan panjang Paktam, Paktih, Ndak, Tok dan Chik di dapur rumah Tokwan pada satu malam pekat. Kak Ba'ayah mungkin saudara atau adik beradik keluarga Tokwan berdasarkan keakraban dalam cerita tersebut.
Saya yang menumpang makan nasi di situ hanya menjadi pendengar dari awal. Tidak berani serta tidak tahu menyampuk
Ketika itulah emak muncul mengajak saya balik tidur. Saya yang masih menggigil mendengar cerita terakhir itu bangun lalu memegang lengan emak. Meminta didukung. Emak kehairanan.
Jarak di antara dapur rumah Tokwan dengan rumah emak ayah bukanlah jauh. Hanya sekitar 40 kaki. Di tengahnya ada sepokok jambu batu. Hujung ranting selatan boleh disentuh dari dapur rumah Tokwan manakala hujung ranting sebelah utara boleh disentuh dari tingkap rumah ayah... Begitulah.
Saya naik belakang emak ketika dia menuruni tangga dapur rumah Tokwan. Ketika melintasi pokok jambu batu itu, saya memeluk erat leher emak dan menguatkan kampuhan kaki pada pinggangnya. Manalah tahu kalau-kalau ada sesuatu di atas pokok jambu batu itu..
"Wa ila hukum, Kak Ba'ayah..."
Tiba-tiba saya mendengar suara Paktam dari ruang dapur rumah Tokwan.
Saya meraung!
Dan emak pastilah kehairanan sambil memarahi saya.....
Dari ruang dapur rumah Tokwan ada deraian ketawa!
Hantu sungguh!

No comments:
Post a Comment