Nuha [seorang dari beberapa cucu ayah emak] menghafal sebahagian lirik lagu ini. Tetapi kerana sumbernya adalah penyanyi kanak-kanak dari sekolah Maktehnya telah salah penyampaiaan, maka yang salah itulah yang diikutnya.
Penyanyi amatur yang disuruh bernyanyi di dalam kelas itu pula mungkin menyanyi berdasarkan lirik yang diterima dari orang yang salah juga. Maka Nuha telah terhafal lirik lagu yang salahlah.
Inilah lagu saduran dari lagu Hindi yang sebenar. Menjadi kegilaan sekejap di rumah-rumah kenduri, dinyanyikan oleh DJ Ed, yang agak popular di kalangan anak-anak muda tukang basuh pinggan dan bentara [pak penanggah] - bagi yang ada sistem begitu - serta di kalangan pekerja-pekerja catering...
Semoga Nuha terhibur. Demikian pula dengan gengnya....