Thursday, July 4, 2013

Bas UTC Dan Latiff Ibrahim Dalam Kenangan



Bas henti-henti United Traction Company (UTC)telah benar-benar berhenti mulai 5 Nov 2011, di Seberang Perai , Kuala Muda dan Sungai Petani. Kos penyelenggaraan yang meningkat antara puncanya.

Ketika mengetahui tentangnya, saya sayu tiba-tiba. Sepupunya di antara Alor Setar dan Sungai Petani, serta AS ke Butterwoth iaitu United Transport Company telah lama pergi, diganti Transnasional........

Perkhidmatan sejak sebelum merdeka menghubungkan antara bandar utama di Kedah dan Seberang Perai memang cukup cemerlang. Sesekali berada di SP dan bertemu bas UTC seakan terimbau masa lalu. Tapi kini bas UTC tinggal sejarah....

Tak tahu kenapa kerongkong saya senak membaca berita penamatan khidmat bas itu. Ada sesuatu yang nostalgik......

Mana mungkin kita lupa bas ekspres 516 AS- Butterwoth. Berada di stesen bas Jalan Langgar ketika itu, kami menghafal nombor laluan malah jadual perjalanan setiap bas. Pemandu dan konduktornya pun lebih 50% kami kenal!

Bas No.1 untuk Simpang Empat.

Bas No. 2 ke Sungai Petani.

Bas No. 3 setakat Gurun.

Bas No. 6 ke Pendang.

Bas No. 8 ke Tokai.

Bas No. 4, 5 dan 7 mungkin ada, tetapi agaknya dari Sungai Petani atau Gurun ke bandar lain di luar dari laluan utama AS-Butterwoth.

Demikianlah.

Namun sedikit-sedikit khidmat bas itu pupus. Paling awal bas No. 1. Mungkin kerana jarak AS-Simpang Empat agak dekat. Lagi pula bas AS-Pendang, AS-Tokai, AS-Gurun dan AS-Sungai Petani semuanya mesti melintasi Pekan Simpang Empat. Saya tak ingat tahun berapa tapi tiba-tiba tersedar bas No 1 sudah tiada.

Banyak kejadian yang tersimpan basah di ingatan dalam hal bas UTC. Namun satu yang paling basah ialah satu ketika saya kekurangan 10 sen dari harga tambang ke Simpang Empat setelah separuh hari menghauskan tapak kasut di Alor Setar. Bandar tidak sibuk hari itu. Tak ramai menaiki bas.

Saya memilih untuk menaiki bas No 8 (Tokai). Konduktornya hari itu seorang nyonya berambut keriting, sekitar 40-an usianya. Saya membayar tambang dengan beberapa keping syiling (tak ingat berapa tambangnya tapi memang tak cukup 10 sen untuk sampai ke pekan Simpang Empat). Nyonya konduktor menebuk tiket ikut nilai yang saya beri.

"Tak mau turun Simpang Ampat ka?" tanyanya ketika menghulurkan tiket.

"Taklah. Kita mau singgah rumah rumah adik beradik di Batu 6....." saya menjawab.

Kerana tak ramai penumpang, saya duduk berhampiran tangga bas sambil meletakkan dahi ke atas lengan yang melintang di bahagian penyandar kerusi di depan. Memang niat nak pura-pura tertidur sampai ke pekan Simpang Empat.

Beberapa kali bas berhenti apabila loceng ditekan penumpang. Saya masih dalam kedudukan yang sama. Bas berjalan setelah nyonya konduktor mengetuk besi penyandar kerusi dengan penebuk tiket.

Sekali lagi loceng berbunyi dan pemandu menghentikan bas. Agak lama, tidak pula terdengar nyonya konduktor memberi isyarat jalan.

"Kawan aaa. Sudah sampai. Lu tak mau turun ka?"

Rupanya dia yang menekan loceng tadi. Berpura-pura macam mengantuk, saya pun turun. Betul-betul bertentangan dengan Masjid Batu 6. Saya memandang jalan di depan. Sayup nampak pekan Simpang Empat,

Hari itu sebatu saya menapak untuk sampai ke tempat saya meletakkan basikal di pekan Simpang Empat. Sepanjang jalan saya menyumpah nyonya konduktor itu. Namun sebaik menaiki basikal ke rumah saya sedar siapa yang bersalah.

Nyonya itu mungkin sudah meninggal tapi wajah dan rambut keriting beruniform biru muda masih saya ingat. Lebih-lebih lagi bila bercerita tentang bas UTC.

[Dua hari lalu, 1 Julai, takdirnya saya bersama seorang rakan sebaya bertemu dengan seorang bekas inspektor (checker) tiket bas UTC pada zaman persekolahan dahulu. Dia berasal dari Jalan Tokai. Banyak yang kami bualkan bagi mengimbau zaman kegemilangan bas tersebut. Saya pula bercerita tentang pengalaman seperti di atas. Semua yang mendengar tertawa. Apabila saya tanyakan tentang  konduktor itu, bekas inspektor tersebut memaklumkan nyonya berkenaan masih ada, tinggal bersama anaknya, tetapi tidak tahu di mana.....]
Ada satu cerita lagi.


1978. 

Setiap hujung bulan, kami yang berulang alik dengan menaiki bas ke beberapa sekolah sekitar Alor Setar akan pergi ke bahagian pentadbiran syarikat bas United Transport Company (UTC)

Tujuannya tidak lain: menempah tiket bulanan bas. Pejabat terletak di bangunan bahagian belakang Stesen Bas Jalan Langgar.

Kamipelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, Maktab Mahmud, SM Dato Syed Omar, SM Sultanah Bahiyah,SM Keat Hwa dan lainnya akan mendaftar nama dan destinasi perjalanan dari tempat kami ke Alor Setar

Ada dari PendangSimpang EmpatGurunKota Sarang Semut dan Tokai serta sepanjang jalan dari pekan-pekan kecil itu.

Kemudian nama kami dipanggilBayaran dijelaskan dan diberikan sekeping sebesar tapak tanganSeingat saya kalau dari Simpang Empat bayaran bulanannya adalah tujuh ringgit. Dapat saja kadterus turun dari pejabat itu dengan legaLegaantaranya kami boleh keluar ke Alor Setar pada hari Jumaat/Sabtu tanpa perlu membayar tambang (Tidak hairanlah Alor Setar dimeriahkan oleh pelajar setiap hari tersebutTak ada sesen pun, masih boleh ke pekanlagi bagus kalau ada 25 sen. Cukup untuk menonton wayang di PanggunRoyal [tapak bangunan Alor Ria kini]!)

Satu keistimewaan ketika membeli kad itu ialah kami boleh meletakkan sebarang namawalaupun ada peraturan di belakang kad tertulis TIDAK BOLEH DITUKAR MILIKMaka ketika kad akan dikeluarkannama yang kami pilih itulah bakal dilaungkan kerani UTCSelalunyakalau tidak gunakan nama sendirikami gunakan nama bintang sukan atau artis popular tetapi yang sebangsalahTak adalah nama mat saleh atau sebagainya.

Satu hujung bulankami terkejutKerani UTC pun pening agaknyaMana tidak jika beberapa orang pelajar mempunyai idola yang samaNamun si kerani cekap jugaAkhirnya dia buat keputusan memanggil nama dengan sedikit tambahan berdasarkan tempat tinggal pelajarMaka dilaungkanlah,

"Latiff Ibrahim Gurun!!"

"Latiff Ibrahim Batu 16!!"

"Latiff Ibrahim Batu Lapan Tokai!!"

Demikian betapa terkenalnya Latiff ketika itu (berusia sekitar 27 tahun). Demikian juga betapa mudahnya berurusan dengan bas UTC...............

1 comment: