![]() |
| Tokwan |
Isteri pertama - muda dara, kata orang tua-tua - bernama Jah. {Saya terlupa untuk mengkaji dari mana asalnya Tok Jah ini} Perkahwinan mereka dikurniakan lima anak - Hj Md Isa, Mohd Jusoh, Hj Mansor, Ahmad dan Hajah Mariam.
Kemudian, Tokwan berkahwin pula dengan Teh, dari sekitar Kuala Sala. Perkahwinan ini berlangsung ketika Tok Jah masih hidup - ertinya Tok Jah dan Tok Teh berkongsi suami. Namun mereka tidaklah berkongsi rumah. Tok Jah tinggal di rumah asal Tokwan di tapak yang ada sekarang, manakala Tok Teh mendiami sebuah rumah lain, bertentangan dengan rumah tinggalan emak ayah saya sekarang, sedikit ke arah mentari naik.
Menurut sumber saya, daripada semua isteri Tok Wan, Tok Teh yang paling cantik. Bagaimana pun, takdir menentukan Tok Teh tidak mempunyai anak. Berkongsilah beliau menumpahkan kasih kepada anak-anak Tok Jah. Mereka hidup dengan harmoni.

Tok Teh seorang perokok tegar. Setiap masa Tokwan menyediakan rokok cap kucing yang diisi ke dalam bekas tin. [Saya menyelidik dan menyangka rokok yang dimaksudkan adalah cap tiga kucing, tetapi kemudiannya barulah terjumpa nama sebenar rokok tersebut - Craven A - yang selain dari dijual di dalam kotak, diedarkan juga di dalam bekas tin empat segi, mulanya saya sangkakan tin bulat, berdasarkan cerita dari sumber...] Rokok itu mahal dalam kelasnya tetapi demi sayangkan Tok Teh, Tokwan tetap membelikan, kata sumber saya.Ketika Tok Jah sakit-sakit selepas melahirkan Ndak [Hjh Mariam], Tok Tehlah yang menjaga madunya itu, termasuk memandikan, selain memasak untuk sekeluarga. Baik sungguh hubungan mereka, tetapi telah kelihatan tanda Tok Teh tidak menyukai anak kecil. Selepas kematian Tok Jah, tanda itu semakin jelas. Ndak sendiri mengetahui betapa dia tidak disenangi oleh Tok Teh, walaupun ketika itu dia masih kecil. Melihatkan sikap itu beberapa ketika dan tiada tanda akan berubah, Tokwan menjatuhkan talak satu kepada Tok Teh.
Kemudian, Tokwan bernikah dengan Fatimah binti Mustaffa, ibu tunggal beranak dua. Asalnya dari Kampung Teluk, Mukim Binjal, Jitra. Kali ini Tokwan bercerai mati. Selain dua anak dari perkahwinan pertamanya itu - Habsah @ Khatijah dan Andam @ Azizah binti Ishak - Tok Mah dikurniakan pula empat cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Tokwan - Hj Abdul Hamid, Ibrahim, Siti Noriah dan Hjh Ommus Shapakoh.
Selepas melahirkan anak keempat, Tok Mah dijemput pulang oleh penciptanya...
Kata sumber saya, agaknya terkejut dengan begitu ramai anak, ditambah pula dengan penyakit lelahnya, Tok Rahmah akhirnya diceraikan..... Sumber saya yang sedang remaja ketika itu ditugaskan menghantar Tok Rahmah pulang ke Alor Ibus dengan menunggang basikal tua membelah jalan Batas Paip [Jalan Yan sekarang] yang masih belum berturap tar. Dari jalan raya itu, jauh pula ke tengah bendang rumah keluarga Tok Rahmah. Kerana jalan masuk yang hanya muat untuk sebuah basikal lalu, maka sumber saya pun hanya menghantar setakat jalan besar itu sahaja. Berjalanlah Tok Rahmah sendirian sambil menjinjing beg pakaiannya....... [Tok Rahmah masih ada di kampung halamannya ketika ini, kata sumber saya, dan mereka masih saling mengenali dan bertegur-sapa]
![]() |
| Tok Tayah |
Tokwan meninggal pada tahun 1993 dan Tok Tayah masih ada serta menghuni rumah Tokwan - yang telah beberapa kali diubahsuai - di atas tapaknya yang asal.
Nota:
Catatan ini sekadar untuk kita mengenali/ menyusuri susurgalur keluarga. Sumber saya di dalam catatan ini adalah Hj Mansor Hj Zakaria [Paklang], dengan sedikit info tambahan daripada Hjh Mariam [Ndak].


Berminat betul saya membaca catatan ini.Ianya ada kena mengena dengan salah seorang anak Tok Wan yang amat saya kenali.
ReplyDeleteCumanya saya ingin pastikan:Betulkah anak Tok Wan bersama Satariah meninggal waktu dilahirkan, atau Satariah yang meninggal sewaktu melahifkan anaknya dihujung 1959.
Satariah meninggal 2021...tok saya ada sorang meninggal lepas dalam pantang masa melahirkan maksud. Fatimah namanya
Delete