Sunday, September 15, 2013

Hello, Is It Me You're Looking For?

Dunia amat pesat berkembang. 

Termasuk yang paling terkesan adalah dunia telekomunikasi. Terutama pula tentang telefon mudah alih. Dari yang asalnya sebesar beg galas [termasuk aksesori dan pengecas serta antena] hingga kini sebesar kotak mancis hotel yang pipih itu. Dari yang terpaksa ditekan sekuat hati pada punat, kepada yang hanya perlu digosok dengan ibu jari. Dari seberat beberapa kilogram ke hanya sekitar beberapa gram. Dari yang boleh digunakan untuk membaling anjing, kata orang, ke hanya sebesar lubang telinga.... Dari yang berharga RM7-8K hingga kini ada yang serendah RM48. 

Jambatan Tok Pasai
Sekejap sangat terasa masa berlalu. Dulu telefon bimbit adalah barang mewah, kini budak tadika pun sudah membawanya ke sekolah untuk bermain-main.......

Teringat bapa saudara, Paktam [arwah] yang bertugas sebagai juruteknik JKR. Ketika bertugas di tapak pembinaan Jambatan Tok Pasai, yang menghubungkan dua bahagian Kuala Kedah, beliau dibekalkan satu telefon ATUR sebesar beg sekolah [seperti foto di atas]. Setiap hari arwah akan membawa pulang ke rumah set tersebut. Setiap malam, adalah beberapa orang jiran sekampung akan menggunakan telefon itu untuk menghubungi sanak-saudara, atau paling tidak menghubungi tauke kedai runcit di Kangkong, sekadar bertanya khabar....... Maklumlah, bilnya ditanggung oleh kontraktor yang membina Jambatan Tok Pasai..... 

Sekali peristiwa, kereta Paktam dimasukkan ke bengkel kerana merungut lama tidak diservis. Kereta model 70-an. Untuk servis itu,  tauke bengkel mendera Paktam hampir RM300. Terpaksalah dia membayar kerana sudah namanya bengkel membaiki kenDERAan! Paktam merungut akan mahalnya dari biasa harga khidmat bengkel itu. Tauke bengkel tercengang. Masih saya ingat kata tauke itu [malangnya slanganya tidak dapat saya turunkan di sini!]: "Kawanna, itu servis u mau kira ka? U tau ka, sekali kereta u semua tolak pun, tak dapat beli itu telefonna. Haiya!"  

Rupanya dia merujuk ATUR di atas kusyen belakang kereta Paktam. Agaknya dia hairan, kereta buruk, tapi memakai set telefon yang berharga hampir RM10K! Agaknya kerana itu dia membuat penderaan poket....

Ada satu cerita tentang telefon percuma itu yang berlaku di Kangkong. Ini diceritakan oleh teman saya, Cikgu Non. Sajalah dalam keadaan sunyi apabila keriuhan berhimpun adik beradik telah hilang....

Arakian, di depan sebuah kedai berdekatan SK Kangkong, ada sebuah pondok telefon. Di situ ramailah yang menggunakannya untuk menghubungi buah hati atau bakal buah hati atau bakal bekas buah hati. Kalau ditanya, dari mana panggilan dibuat, dengan megahnya diberitahu bahawa panggilan dari rumah, tak kiralah rumah sendiri atau rumah kawan. Kerana pondok telefon itu terletak di tepi jalan masuk ke kampung, sesekali terdengarlah deruan enjin kenderaan. Apabila yang di sebelah sana bertanya akan bunyi itu, dijawablah itu deruan atau deruman rakan yang sedang menaikkan taraf motor. Tapi dalam satu kes, yang di sebelah sana tidak begfitu percaya, maklumlah deruman itu kedengaran pelbagai. Tetapi selagi manusia itu diberi akal, ada sahaja caranya dijumpai. Maka, setiap kali hendak membuat panggilan, akan ada seorang yang menanggung radio kaset ke pondok telefon. Sebaik panggilan diterima, suara radio kaset itu akan dikuatkan - tergambarlah bahawa itu suasana di rumah........

Demikianlah. Kepada yang tidak faham atau tidak tahu juga apa itu kaset - seperti anak saya kini - banyak-banyklah bertanya.......


 Ketika itu, telah lama popular lagu Hello nyanyian Lionel Ritchie serta lagu I Just Called To Say I Love You dari Stevie Wonder. Maka setiap kali ada panggilan masuk, senikata lagu-lagu tersebut akan dipetik bagi menaikkan taraf penerima panggilan.......                    








HELLO



I've been alone with you inside my mind
And in my dreams I've kissed your lips a thousand times
I sometimes see you pass outside my door
Hello, is it me you're looking for?

I can see it in your eyes
I can see it in your smile
You're all I've ever wanted, (and) my arms are open wide
'Cause you know just what to say
And you know just what to do
And I want to tell you so much, I love you ...
I long to see the sunlight in your hair

And tell you time and time again how much I care
Sometimes I feel my heart will overflow
Hello, I've just got to let you know

'Cause I wonder where you are
And I wonder what you do
Are you somewhere feeling lonely, or is someone loving you?
Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying, I love you ...

Hello, is it me you're looking for?
'Cause I wonder where you are
And I wonder what you do
Are you somewhere feeling lonely or is someone loving you?
Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying ... I love you

Sajalah catatkan ini tatkala sedang membelek foto yang sepupusepapat muatkan, diambil semasa kenduri di rumah tinggalan emak-ayah pada Sabtu 14 September kelmarin. Sambil menemani menantu emak berbual. Ketika akan menerbitkan catatan ini, ada satu panggilan dari seorang sepupu.......



Hello, is it me you're looking for?

No comments:

Post a Comment